Nak Beli Rumah? LPPSA Lepas? Tapi Tak Dapat Juga Rumah….Apa Ceritanya?

Cerita pasal rumah ni memang agak emo sikit lah. Ya lah, sapa tak nak ada rumah sendiri kan? Semua orang nak ada rumah sendiri. Baik untuk tempat teduh empunya badan selepas seharian berkerja mencari nafkah, atau untuk keluarga dan anak2 tersayang. Tapi, hakikat nya, dari 100 orang yang nak kan rumah, hanya 23 ke 29 orang sahaja yang layak untuk memiliki rumah sendiri. Itu pun bergantung kepada harga rumah yang di ingini, biasanya sekitar 300K kebawah. Ini bukan statistik dari kajian mana mana ya, ini pengalaman saya sendiri menyemak kelayakan dan menolong kakitangan awam mendapatkan pijaman perumahan dari LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Apa yang menarik, dari 23 ke 29 orang yang layak menurut LPPSA, hanya 3 ke 7 orang sahaja yang akan dapat memiliki rumah. Pelik tak? Dah layak, tapi tak juga dapat beli rumah.

Bila dikaji, kenapa orang2 yang layak untuk mendapat pembiayaan LPPSA ini tak dapat memiliki rumah, rupa rupanya, ada beberapa factor yang menghalang.

Biasanya ya, LPPSA akan memberikan kelayakan pembiayaan pinjaman perumahan berdasarkan apa yang tertera didalam slip gaji. Itu sahaja, kalau pekerja swasta, CTOS & CCRISS akan diambil kira selain dari DSR pemohon. So kalau nak kira, memang untung siapa2 yang ada kemudahan LPPSA ini, sangat rugi kalau tak guna.
Berbalik kepada sebab kenapa pemohon2 yang layak ni tak nak beli rumah, Cikgu boleh simpulkan dalam 3 point:

1. Dia tengok rumah dulu, baru semak layak ke tak layak dengan LPPSA.
Cuba bayangkan, duduk berdua duaan dengan pasangan tersayang, baby is coming soon, minum kopi dan makan jemput2 petang Ahad, surf mana2 site yang ada listing rumah cantik2, tiba2, ‘Yang, I nak rumah yg camni lah, cam bahagia aja nampak suasananya’. Maka bermula lah episode pencarian…. . Cerita punya cerita, sampai masa untuk ‘mengadap’ LPPSA, mana ada duit nak bayar cash! Tak lama lepastu, LPPSA memberikan keputusan pembiayaan LPPSA luus untuk nilai 200K kebawah. Alamak, rumah tu harganya 350K… mana nak cekau 100K lagi! ‘Kita tangguh dulu lah ya yang’ …. Korban pertama.
Akibatnya:
Makin lama tunggu, harga rumah pun makin naik. Memanglah gaji akan naik, tapi tak selaju harga rumah naik. Berkejar2lah sampai anak dah 4 nanti, hanya mampu melihat.

2. Rumah tu jauh dari tempat kerja atau menyewa sekarang, susah nak ulang alik, penat.
Ini pun biasa, menetapkan sesuatu keputusan bergantung kepada tempat kerja sekarang ni sebenarnya pada pendapat Cikgu amat berisiko. Tiba2 kena posting kat tempat lain, dah tu, rumah yang ni nak buat camna? Nak bagi orang sewa dengan perabut2 ku sekali? Aduh!!
Akibatnya:
Tunggu ada rumah yang dekat, baru beli, tapi yang ditunggu tak juga kunjung tiba.

3. Kalau rumah tu tak menepati cita rasa dia, LPPSA lepas pun, dia tak nak beli.
“Cikgu, rumah ni memang lah kami mampu beli kalau ikut LPPSA, tapi lamannya kecik sangat, nanti anak2 takda tempat nak berlari. Nanti lah, kita cari yang lain dulu”.
Akibatnya: Tak payah tunggu lama lama, corner lot ni, biasanya, naik bukan main laju lagi, lebih2 lagi bila dah dibeli dari tangan orang lain.
Cikgu kesian melihat pemikiran ini sebenarnya memang biasa

Cadangan Cikgu:
1. Semak kelayakan dengan LPPSA dulu, tak pa, umur masih muda, peluang rezeki masih luas, dapatkan nilai pembiayaan maksimum yang LPPSA boleh bagi, baru cari rumah yang bersesuaian dengan had yang diberikan. ‘Lock’ & ‘Secure’ kan kelayakan LPPSA yang ada dengan asset yang berbentuk rumah. Jadi walau apa pun terjadi, harta sudah ditangan.
2. Tak semestinya kita kena duduk terus rumah tu kalau jauh dan tak ekonomik, boleh disewakan dulu atau buat homestay, bulan2 orang tolong bayarkan . Lebih2 lagi kalau guna Skim Zero Deposit, langsung tak ada bayaran ke LPPSA sampai lah kunci dapat. Hati dah senang kalau harga rumah naik, kita pun naik senyum sama.
3. Walaupun tak menepati citarasa sekarang, nanti bila dah agak stabil, pilihan rumah pun makin banyak, walaupun harga semakin naik, rumah yang ada sekarang pun dah naik harga, jadi boleh dijadikan ‘down payment’ untuk rumah yang benar2 di impikan.

Kesimpulannya, pelajaran yg Cikgu dapati dari pengalaman Cikgu tolong uruskan hal hal membeli rumah ni, kalau boleh, belilah rumah mengikut tahap kelulusan LPPSA dahulu, ‘kunci’ kan kelayakan itu dengan sebuah rumah. Yang penting, kalau ada apa2, ditakdirkan kita pergi dulu, hutang LPPSA akan diselesaikan oleh MRTA, yang tinggal, ada tempat berteduh.

Wallahua’lam
Cikgu Hisham.

Cikgu Hisham
Cikgu Hisham

No Comments

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *