Sedih Bila Rumah Dilelong Oleh Bank Pinjaman Syariah Tanpa Riba

Topik Berat tapi perlu ada pengetahuan untuk elak atau menempuh sekiranya ia berlaku. Untuk kurangkan risiko pastinya dengan senantiasa membuat bayaran bulanan. Namun apa yang dirancang belum pasti tanpa kegagalan. Oleh itu hadapilah dengan tenang dan nekad untuk menyelamatkan rumah kita. Jangan mudah terpedaya dengan Bank, pegawai nya yang berskil tinggi akan membuat kita panik, tidak tenteram, kekadang sehingga seperti diugut jua. Surat peguam yang dikirim menuntut bayaran tidak mesra dan zalim sebenarnya.
Rumah awak akan dilelong jika bayaran tertunggak tidak terbayar.

Bank akan lelongkan rumah awak apabila bayaran tertunggak berlaku beberapa kali.
Peguam Bank suka apabila mereka dipanggil oleh pihak Bank. Pada saat itu mereka akan utamakan anak guam dan bukannya kita tuan rumah yang selama ini bersusah payah membayar hutang pinjaman rumah. Benarlah hutang tetap perlu dibayar, namun jika kita pernah tonton video yang bongkar ketidakadilan dan kezaliman kepada rumah lelongan terdesak, memang kejam dan hilang tatacara islam nya.

Apabila pihak bank mengirimkan sms, wasap, dan surat peguam; tolong jangan abaikan. Segeralah berhubung dengan pihak Bank. Walau apa sekali pun keadaan benci, marah, sedih, dan geram pada masa itu. Ada juga rumah terlelong tanpa pengetahuan Tuanrumah. Peguam licik memang digemari Bank-Bank.
Pastikan kita berjuang untuk selamatkan rumah kita.

Mana nak dapatkan Wang untuk selamatkan rumah ni?

  • Elak pinjaman dengan Along, walaupun berlesen. Pilihan ini pasti mengundang masalah baru pula.
  • Usahakan mendapat pinjaman daripada kenalan dan saudara. Sekiranya tak dapat , tetap ucapkan Terima Kasih. Pada masa itu kita akan kenal siapa kawan, siapa tak kesah, dan jangan harapkan orang yang kita pernah tolong akan menghulur seringgit pun.
  • Bila seseorang Muslim terdesak, cubalah dapatkan Bantuan Bayaran hutang pinjaman rumah yang boleh dipohon melalui Pusat zakat mengikut alamat rumah kita itu.
  • Kalau masih bekerja, boleh cuba keluarkan wang simpanan KWSP akaun kedua untuk bayaran terdesak kali ini.
  • Usaha, usaha dan usaha untuk dapatkan wang ringgit untuk membayar sebelum dipanggil ke mahkamah Tinggi.

Persediaan sebelum ke mahkamah Tinggi

Bersedialah dengan mendapatkan nasihat daripada peguam sendiri jika mampu. Juga bertanyalah dengan sesiapa yang kita kenal yang kita fikir mampu membantu dalam keadaan terdesak ini.
Doa dan Tawakal.

 

Di mahkamah Tinggi

Pada saat itu pastikan hadir di mahkamah Tinggi, tanpa gentar sekali pun.

Hati-hati apabila menjawap dalam kamar mahkamah. Yang paling penting adalah kita mohon tambahan masa dan tunjukkan kesungguhan mahu menyelesaikan bayaran tunggakkan.

Pihak mahkamah akan beri masa, namun beliau juga ada KPI. Jadi pastikan kita jangan terkeliru dengan tambahan masa dan fikir rumah tidak akan dilelong.

 

Kesimpulan

Hakikatnya sediakan bayaran supaya jangan berulang-alik ke mahkamah Tinggi lagi.

 

sharifah
sharifah

2 Comments

Khai Zainodin

ye ke ni?

Reply
Iza

Sedihkan

Reply

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *